Sunday, December 15, 2013

#SPM2014

Assalammualaikum

Sebelum tu dengar lagu ni dulu. Siap bagi link dengan lirik sekali. Nak suruh korang chill chill sebelum berserabut kepala baca blog aku yang sememangnya berserabut sejak azali lagi. Layanzzz.


____________________________________________

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya

Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja
Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja
_____________________________________________________ 
Amacam ? Best tak lagu Yuna - Gelora Jiwa. Bergelora jiwa dibuatnya.

Tengok tajuk entri. Seram tak ? Tak cukup seram kot. Mungkin kena letak tajuk tu dengan gambar hantu baru korang rasa seram agaknya. Abaikan cerita hantu. Tak lama lagi aku form five. YAY ? hahaha. gua rasa macam nak mati sekarang ni. Best tu memang bestlah. Senior kan. Takde sape membajet senior depan kau lagi. Puasss. Tappppppi tulah SPM. Perghhh. Rasa tertekan siot. Bak kata shuib " peninggg ah " . 


Disebabkan nilah aku nak korang mendoakan calon #SPM2014 antaranya akulah supaya rajin, study elok elok & dapat result cemerlang gemilang terbilang dan lang lang lang yang lain. *melampaulah tu* ... Boleh ? Thankyou. Semoga doa kau diperkenankan Allah s.w.t. Besar pahala mendoakan kejayaan untuk orang lain. 


Despite that, uuuuuuu. hahaha. cakap omputih. Aku nak mohon maaf dari hujung rambut yang cantik berkilat tu hingga hujung jari kaki korang yang kiut miut tu. Maafkan okay.  Banyak kekhilafankan. Maafkanku. 
Mungkin ini entri yang terakhir aku tulis. Aku pulak macam hari hari tulis kat sini. Sekali sekala je kan. Lepas SPM aku tulis lagi. Okay ? Ktata. Nak tulis banyak lagi. Tapi aku lupalah nak tulis ape. Nanti aku ingat, pepandailah aku edit-edit sikit kasi masuk. Orait minachi tenggichi. 


p/s: Berharap 2014 membawa kebahagiaan daripada penderitaan. 

Saturday, November 23, 2013

Noktah

Assalammualaikum.

Don't think that I could ever be
Able to stay with you now baby
'Cause in time I know that we'll both see
We're not meant to be.


_____________________________________



p/s: SPM just around a corner. Wish me luck. 9A's. Aamiin. 












Monday, September 23, 2013

My Moonlight ♡




I call him my moonlight 


Because even through the darkest of times


He's there to light up my life 




Terima kasih aku ucapkan untuk percintaan ini 



p/s: 15 September 2013 

Sunday, June 2, 2013

I Z Z U E I S L A M ♡

Assalammualaikum & Hello :)


Tengok gambar ni pun dah tahu itu dia. That's it Izzue Islam. Aku mula kenal dia masa dia berlakon dalam cerita Senyuman Di Kuala Lumpur. Aku tengok cerita ni dekat astro Prima. Masa ni dia takdelah handsome macam sekarang. Tapi boleh tahanlah. So So gitu. Tapi aku layan jugak tengok cerita tu sebab Izzue Islam guna loghat Kelantan. Masetu takyah cakaplah, cair bebeno. Biasalah, aku obses dengan Kelantan. Padahal duduk Melaka je. Kahkahkah *tak lawak*.

Izzue Islam dalam cerita Senyuman Di Kuala Lumpur


Harini tanggal 2 Jun 2013, tarikh lahir Izzue Islam & tarikh wedding dia. Congrates for him. Harap dia bahagia hingga ke anak cucu cicit cucut cecet with his wife. Sampai sini je. Ini gambar masa Izzue masih bujang. Harap dia maintain handsome and tough macamni je.











Gambar ni pulak gambar perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin.






p/s: Turn aku nak kahwin bila pulak ? HAHAHA *gatal kemain*













Wednesday, May 1, 2013

Exam Mid-Year

Assalammualaikum dan Selamat Tengah Malam.

Sekarang tepat pukul 12:56 Tengah Malam. Aku taktau apa benda aku tengah buat sekarang ni. So, dengan langkah longlai nak conteng-conteng sikit dekat sini. Hmmm.

Minggu depan dah start exam mid-year. Not ready yettttt. Semua perasaan ada sekarang ni. Gembira + sedih + gugup + gigil + stress. Bercampur macam bubur cha cha gituuu. Sedapnya kalau pekena bubur tu sekarang ni. Menjilat jari beb. Aku tak baca langsung buku tau der. Entah macamne lah nanti. Belajar untuk lulus jee. Okaylah sampai sini je. Doakan yang terbaik untuk aku  geng.


p/s : Mesti aku macamni. Don't worry. SPM jauh lagi. Kita enjoyyyyy


Friday, April 19, 2013

Sombong Sombong Sombong

Assalammualaikum & Good Night.

Harini nak celoteh pasal " S.O.M.B.O.N.G " . Kadang-kadang aku terpikir, aku sombong sangat ke sampai ramai yang kata aku ni sombong ? Haiihhh. Sebelum bercerita panjang lebar. Sebenarnya orang yang kata orang lain sombong tu tahu ke definisi sombong sebenarnya ? Ke dorang main cakap je orang tu sombong, orang ni sombong ?

Jom search definisi sombong. Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. Yang ni aku dapat dekat google. HAHAHA. Sekarang korang dah tahu maksud sombong ? Kalau dah tahu baguslah *thumbs up*. Sombong bukannya orang yang tak bertegur dengan kau. Yang tu bukan sombong. Tu kurang peramah namanya. 

Next, aku paling tak suka bila orang yang kata aku ni sombong bila tengah chatting. Terus takde mood kay. Bila balas lambat dikatanya sombong. Dia tak fikir agaknya kita ni sibuk. Dia fikir kita ni je kena layan dia. Amboii, banyak cekadak muka diaaa. Kita kena terima dengan ikhlas dan pasrahlah bila orang tu balas lambat chat atau mesej kita, okay ? Fikir positif is better. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sampai disini sahaja. Pen off. See you soon. Muahhhh :*


Saturday, April 13, 2013

#Throwback #I-City

Assalammualaikum & Selamat Pagi !

Confirm ramai yang still buat tahi mata lagi ni kan ? Mai pakat ramai-ramai simbah air panas dekat dorang. Bergurau jeee. Jangan korang buat betul-betul pulak. HAHAHA xD

Semalam hari yang cukup bermakna sebenarnya. Takdelah bermakna sangat tapi bolehlah tahan. Banyak juga kemanisan yang aku dapat walaupun ada juga kepahitan yang harus ku telan. *ayat meraban*. Semalam first time pergi Times Square & I-City. Selalunya pergi Family Store & kedai uncle Ranjini je. Boleh tahanlah  harga barang-barang kat sana. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. But sedih tak dapat main permainan dekat situ. Hmmmm, *kecewa*.

Part paling best masa kat I-City. Wowww, sejuk kay sejuk kat tempat yang salji tu. Ingatkan biasa-biasa je. Sekali mengigil-gigil. Mulalah cari benda untuk panaskan badan. Tapi yang peliknya ada sorang uncle cina ni pakai seluar pendek takde feeling je masuk dekat situ. Dia takde deria sejuk agaknya. Semua permainan dekat tempat salji tu aku main. HAHA, memang terhentak- hentak badan aku dekat ais tu.

Walaupun sikit je tempat aku & kawan-kawan lain pergi but kiteorang dapat banyak sangat kenangan. Harap dapat pergi rombongan macamni lagi. Aamiin. Just sampai sini je. Assalammualaikum.

Me , Shsy & Mira
Me & Mira temankan anak cikgu main gelonsor ais.  Beku main
benda alah ni. Banyak round pulak main mende alah ni. Terbaik !
Shsy bersama ais pujaannya
Nampak macam penderaan kan ? HAHA. Kiteorang tak buli
pun eaa budak kecik tu :)
Awek Rooney. Of course lah pandai main bola. 
Pasangan skandal paling meletop top top.
Orang tu diabaikan. Pandang pokok yang berlampu tu je.
Syahmi , Nuar & Din. Syahmi yang jatuh tu. Bajet bajet pro.
Me & Shsy 
Mira , Me & Shsy
Din & Syahmi. Pasangan serasi di abad ini. HAHA