Friday, April 19, 2013

Sombong Sombong Sombong

Assalammualaikum & Good Night.

Harini nak celoteh pasal " S.O.M.B.O.N.G " . Kadang-kadang aku terpikir, aku sombong sangat ke sampai ramai yang kata aku ni sombong ? Haiihhh. Sebelum bercerita panjang lebar. Sebenarnya orang yang kata orang lain sombong tu tahu ke definisi sombong sebenarnya ? Ke dorang main cakap je orang tu sombong, orang ni sombong ?

Jom search definisi sombong. Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. Yang ni aku dapat dekat google. HAHAHA. Sekarang korang dah tahu maksud sombong ? Kalau dah tahu baguslah *thumbs up*. Sombong bukannya orang yang tak bertegur dengan kau. Yang tu bukan sombong. Tu kurang peramah namanya. 

Next, aku paling tak suka bila orang yang kata aku ni sombong bila tengah chatting. Terus takde mood kay. Bila balas lambat dikatanya sombong. Dia tak fikir agaknya kita ni sibuk. Dia fikir kita ni je kena layan dia. Amboii, banyak cekadak muka diaaa. Kita kena terima dengan ikhlas dan pasrahlah bila orang tu balas lambat chat atau mesej kita, okay ? Fikir positif is better. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sampai disini sahaja. Pen off. See you soon. Muahhhh :*


Saturday, April 13, 2013

#Throwback #I-City

Assalammualaikum & Selamat Pagi !

Confirm ramai yang still buat tahi mata lagi ni kan ? Mai pakat ramai-ramai simbah air panas dekat dorang. Bergurau jeee. Jangan korang buat betul-betul pulak. HAHAHA xD

Semalam hari yang cukup bermakna sebenarnya. Takdelah bermakna sangat tapi bolehlah tahan. Banyak juga kemanisan yang aku dapat walaupun ada juga kepahitan yang harus ku telan. *ayat meraban*. Semalam first time pergi Times Square & I-City. Selalunya pergi Family Store & kedai uncle Ranjini je. Boleh tahanlah  harga barang-barang kat sana. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. But sedih tak dapat main permainan dekat situ. Hmmmm, *kecewa*.

Part paling best masa kat I-City. Wowww, sejuk kay sejuk kat tempat yang salji tu. Ingatkan biasa-biasa je. Sekali mengigil-gigil. Mulalah cari benda untuk panaskan badan. Tapi yang peliknya ada sorang uncle cina ni pakai seluar pendek takde feeling je masuk dekat situ. Dia takde deria sejuk agaknya. Semua permainan dekat tempat salji tu aku main. HAHA, memang terhentak- hentak badan aku dekat ais tu.

Walaupun sikit je tempat aku & kawan-kawan lain pergi but kiteorang dapat banyak sangat kenangan. Harap dapat pergi rombongan macamni lagi. Aamiin. Just sampai sini je. Assalammualaikum.

Me , Shsy & Mira
Me & Mira temankan anak cikgu main gelonsor ais.  Beku main
benda alah ni. Banyak round pulak main mende alah ni. Terbaik !
Shsy bersama ais pujaannya
Nampak macam penderaan kan ? HAHA. Kiteorang tak buli
pun eaa budak kecik tu :)
Awek Rooney. Of course lah pandai main bola. 
Pasangan skandal paling meletop top top.
Orang tu diabaikan. Pandang pokok yang berlampu tu je.
Syahmi , Nuar & Din. Syahmi yang jatuh tu. Bajet bajet pro.
Me & Shsy 
Mira , Me & Shsy
Din & Syahmi. Pasangan serasi di abad ini. HAHA