Friday, April 19, 2013

Sombong Sombong Sombong

Assalammualaikum & Good Night.

Harini nak celoteh pasal " S.O.M.B.O.N.G " . Kadang-kadang aku terpikir, aku sombong sangat ke sampai ramai yang kata aku ni sombong ? Haiihhh. Sebelum bercerita panjang lebar. Sebenarnya orang yang kata orang lain sombong tu tahu ke definisi sombong sebenarnya ? Ke dorang main cakap je orang tu sombong, orang ni sombong ?

Jom search definisi sombong. Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. Yang ni aku dapat dekat google. HAHAHA. Sekarang korang dah tahu maksud sombong ? Kalau dah tahu baguslah *thumbs up*. Sombong bukannya orang yang tak bertegur dengan kau. Yang tu bukan sombong. Tu kurang peramah namanya. 

Next, aku paling tak suka bila orang yang kata aku ni sombong bila tengah chatting. Terus takde mood kay. Bila balas lambat dikatanya sombong. Dia tak fikir agaknya kita ni sibuk. Dia fikir kita ni je kena layan dia. Amboii, banyak cekadak muka diaaa. Kita kena terima dengan ikhlas dan pasrahlah bila orang tu balas lambat chat atau mesej kita, okay ? Fikir positif is better. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sampai disini sahaja. Pen off. See you soon. Muahhhh :*


1 comment: